ASSALAMUALAIKUM,
HYE UOLSS
Bila menjelang raya, hujung tahun, sesi pembentangan bajet...x de apa2 lagi lah yang dinantikn oleh penjawat awam cam iolls nih melainkan bonus, tapi, bile pikir2 balik....macam artikel yang iolls petik dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaanbelumbincangpemberianbonusuntukAidilfitri_KSN nih ade kebenarannya jugak...kita cuma mengharapkan bonus...cuba kita kaji, tenung dan teliti kn....time ari raya je mesti penjawat awam request nak kan bonus kn???nape time perayaan lain x de pon yang request tuk bonus kn???kn??/ade x??xde kn?? As if macam kalau xde bonus kite x bley nak raya kn??
seperti yang tercatat dalam artikel kat bawah nih, tahun nih je kerajaan dah memberikan kenaikan gaji sebanyak 2 x bagi penjawat awam...bukan lah iolls nih xnak bonus..gilo xnak...tp idok la berharap sangat...sebab kalau kita terlalu mengharapakan sesuatu yang x pasti....pasti kita akan menyesal sekiranya apa yang kita harapkan x jadi kenyataan kn???
so, rancanglah perbelanjaan kita sebaik mungkin..iolls bukanlah orang yang layak nak bagi nasihat sebab kadang iolls pon ober bajet...seb baik la ada en hairie tchenta yg slalu jadi alarm...die slalu pesan, kalau nk g shopping complex, buat list...keperluan..apa yang penting dlu....so dat kite x belanja terlebih had...tp kadang2 kalau en hairie xde..tgelincir gak iolls nihaa....hahahah......poket kita...kita lah yang tentukan...berjimat ckit2 utk kite gak..in case emergency ke, ade la tempat nak cekau kn....xyah myusahkan orang mintak2....belanja ikut keperluan n kemampuan.....kalau x mampu, buat cara x mampu...kalau x perlu, xpayah beli k....kat situ dah bley jimat...InsaAllah,..smua nih kena train n pupuk slowly...sebab iolls dulu pon agak boros, tp dapat en suami yang pandai berjimat cermat...kita pon akan terikut-ikut.....Alhamdulillah....x salah kalau kita nak berbelanja kn...juz dat kita kena beringatlah untuk masa depan.....iolls nih kje je manage duit..tp duit sendiri memang xberapa pandai nak manage...so yg tuh i mgaku...dat's y i need sumone to guide me....Alhamdulillah..i got one! :)
Kerajaan belum bincang pemberian bonus untuk Aidilfitri: KSN
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini saja.
Ali berkata, untuk tahun ini sahaja kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion bagi pemberian KGT selain penyelarasan gaji untuk skim-skim tertentu.
"Bagi bulan ini sahaja sebanyak enam skim akan ditambah baik dan 81 skim lagi pada November nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk pemberian bonus setengah bulan gaji sebelum Adilfitri yang dijangka disambut pada 8 Ogos ini.
Terdahulu, Ali merasmikan seminar bertajuk 'Meningkatkan Kualiti Kawal Selia dan portal 'Dasar Nasional Mengenai Pembangunan dan Pelaksanaan Kenyataan Impak Hubungan dan Kawal Selia'.
Seminar sehari itu dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Minggu lalu, CUEPACS memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.
Pada 9 Ogos tahun lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan bagi membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment